Introduction  //  Profil  //  Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
PDF
Print
E-mail
ppguru.pngKami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam dengan penuh tekad, iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:

 

  • Membangunkan potensi yang ada pada diri setiap pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek secara seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Memberi layanan mesra dan berhemah serta sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
  • Memberi layanan kasih sayang sama rata antara pelajar dengan mengamalkan slogan “Muridku Anakku Sayang”.
  • Membentuk iklim sekolah yang kondusif dan selamat untuk pengajaran dan pembelajaran dengan mengamalkan konsep “Sekolahku, Rumahku”
  • Berganding bahu antara warga pendidik dan staf sekolah supaya lebih komited, berdedikasi, berdisiplin, prihatin, kreatif dan produktif serta memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan sepanjang masa.
  • Menjadikan SMK Seksyen 7 sebagai salah sebuah sekolah yang diiktiraf oleh masyarakat.

 

   

Lagu Sekolah

 
  Ilmu, Amal, Iman
Teras murni panduan
Unggul membina insan
Ke arah kecemerlangan.

Sekolah yang tercinta
Mendukung visi mulia
Berbakti dan berjasa
Didik putra putri bangsa
SMK Seksyen 7, Shah Alam
Kami berikrar setia
Bersatu teguh serta berazam
Kejayaan dicipta

Jasa guru disanjung
Khidmat bakti dijunjung
Bersama meningkatkan
Kualiti pendidikan

Lencana Sekolah

penjelasanlogo.png