![]() |
Pengetua SMK Seksyen 7, Shah Alam
Puan Hajah Salehah Bt Mohd Amin telah dilahirkan pada 25 Februari 1957. Berkelulusan Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Pengurusan Pendidikan.
Sepanjang kariernya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, beliau telah bertugas di beberapa buah sekolah seperti di SMK Methodist (P) Klang dari tahun 1982-1991, di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam dari tahun 1991 - 2000. Seterusnya menjadi Penolong Kanan di SMK TTDI Jaya,Shah Alam mulai tahun 2001- 2007. Setelah itu beliau telah dilantik menjadi Pengetua di SMK Seksyen 4, Kota Damansara dari tahun 2007 – 2010. Mulai 1 April 2010, Pn. Salehah Bt Mohd Amin secara rasminya telah menjawat jawatan Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada SMK SSAAS pada tahun 1994
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada SMK TTDI Jaya pada tahun 2003
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada PPD Petaling pada tahun 2005
Hubungi; Tel : 603 – 5511 9328 email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|
![]() |
Guru Penolong Kanan AkademikAnak kelahiran Melaka, Encik Abdul Ghaffar Bin Bakar telah dilahirkan pada 3 Januari 1966. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Anglo (ACS) Melaka dari tahun 1973 sehingga 1978. Seterusnya pada tahun 1979 sehinggga 1983, beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Seri Tanjung, Tanjung Keling, Melaka. Encik Abdul Ghaffar menyambung pengajiannya di Universiti Pertanian Malaysia dari tahun 1985 sehingga 1988 dalam jurusan Diploma Sains Komputer. Pada tahun 1988, beliau telah mengambil Ijazah Sains Kepujian (Matematik) sehingga tahun 1991. Kemudiannya beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Encik Abdul Ghaffar telah memulakan perkhidmatannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hamzah, Klang pada tahun 1994. Opsyen utama beliau merupakan Matematik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Di
Hubungi: Tel : 603 – 5511 9328 email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
![]() |
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Rohana Binti Mat Sah (DG48) dilahirkan pada 29hb Oktober 1962 di Kelantan. Pada tahun 1985, beliau telah menerima ijazah B.Econs (Hons) dari Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun 1990 beliau meneruskan pengajian dalam Diploma Pendidikan KPLI dalam pengajian Bahasa Melayu di Maktab Perguruan Melayu Melaka.
Beliau telah memulakan perkhidmatannya dalam bidang perguruan di SMK Tengku Afzan, Kuantan,Pahang dari tahun 1991 hingga 1993. Kemudian, berpindah ke SMK Jengka Dua, Jengka, Pahang mulai tahun 1993 hingga 1999. Pada tahun 1999 sehingga 2002, beliau meneruskan khidmat beliau di SMK Jengka Pusat, Jengka Pahang. Mulai tahun 2003, beliau mula berkhidmat di SMK Seksyen 7, Shah Alam sehingga sekarang. Di SMK Seksyen 7, Shah Alam, selain mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, beliau juga pernah menyandang jawatan Setiausaha Kurikulum, Penyelaras bidang dan sebagai Guru Kanan Mata pelajaran Bahasa.
Pada tahun 2003, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sekarang secara rasminya beliau telah menjawat jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam.
Hubungi: Tel : 603 – 5511 9328 email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|
![]() |
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Hajah Che Sapora Binti Haji Ibrahim dilahirkan pada 31 Oktober 1965. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Sri Amar Di Raja, Alor Setar pada tahun 1976. Seterusnya melanjutkan pelajaran di SMK Tunku Abd Malik, Alor Setar pada tahun 1980 sebelum ke Sek Men Sains Muar ,Johor pada 1983 untuk persediaan ke luar negara. Beliau meneruskan pengajian dalam bidang B. Sc Computer Info System di University Of Evansville, Indiana, USA dari tahun 1984-1988. Setelah itu beliau meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia dari tahun 1991- 1992 dalam Diploma Pendidikan (Perd/Komputer). Pada tahun 2004, beliau dianugerahkan Master Science of Pedagogy dari University Putra Malaysia.
Sepanjang perkhidmatan beliau dalam bidang perguruan, beliau pernah mengajar matapelajaran komputer di Sayfol International School, Ampang, Selangor dari tahun 1989 – 1990. Kemudian beliau meneruskan perkhidmatan di SMK Sri Menanti, Muar, Johor 1990-1991. Pada tahun 1992- 1996, beliau berkhidmat di SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur. Seterusnya beliau meneruskan perkhidmatan di SMK Senai, Johor dari tahun 1996- 1997. Pada tahun 1997- 2006, beliau berkhidmat di SMK SS17, Subang Jaya, Selangor sebelum berpindah ke SMK Seksyen 7, Shah Alam mulai tahun 2006. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Guru Kanan Matapelajaran Teknik dan Vokasional di SMK Seksyen 7 Shah Alam pada 1 Februari 2009. Pada 16 Julai 2011, beliau telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum Di SMK Seksyen 7 Shah Alam sehingga ke hari ini.
Sepanjang perkhidmatan beliau dalam bidang pendidikan, beliau telah di anugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pejabat Pelajaran Daerah, Petaling Perdana, Selangor sebanyak dua kali iaitu semasa berkhidmat di SMK SS 17, Subang Jaya pada tahun 2000 dan di SMK Seksyen 7, Shah Alam pada tahun 2009.
Hubungi: Tel : 603 – 5511 9328 email :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|
![]() |
Guru Penolong Kanan Petang
En. Mohd Noh Bin Marzuki dilahirkan pada 31 Ogos 1957 di Kg. Tok Muda, Kapar,Klang, Selangor. Beliau mempunyai kelulusan Sijil Perguruan dari Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Diploma Perguruan Khas dari Institut Bahasa, Kuala Lumpur, Bachelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama(PBMP) dari Universiti Pertanian Malaysia, M.A (Bahasa Melayu) dari Universiti Putra Malaysia dan M. EDU dalam Bahasa Melayu dari Universiti Malaya. Kerjaya beliau bermula di SRK Jalan Pasar (1), Kuala Lumpur. Kemudian mengajar di SK Kg Sungai Tua Baharu, Batu Caves. Beliau juga pernah mengajar di SK Sekyen 6, Shah Alam sebelum bertukar ke SMK Seksyen 18, Shah Alam. Beliau dilantik sebagai Guru Penolong Kanan HEM di SMK Bandar Puchong Jaya(A), Puchong pada 16 Mei 2003. Beliau mula berkhidmat di SMK Seksyen 7, Shah Alam mulai 16 Disember 2009.
Sepanjang kerjayanya, beliau melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti luar seperti menjadi Guru Sumber (BM) di PPD dan JPS. Selain itu, beliau menjadi Jurulatih Utama (BM) bagi Yayasan Diraja Pahang, Akademi Zakat Selangor dan Yayasan Ar Raha. Beliau juga merupakan penceramah motivasi penampilan diri, pengurusan disiplin, protokol seminar dan peperiksaan.
Beliau juga telah berjaya menghasilkan lebih 10 buah novel dan menghasilkan skrip drama radio, tv, cerpen, berita dan rencana. Selain itu, beliau turut berpengalaman menulis lebih 80 judul buku kemahiran belajar Bahasa Melayu untuk UPSR, PMR dan SPM.
Sepanjang perkhidmatan beliau, En. Mohd Noh telah menerima beberapa anugerah seperti, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(SSB), Tokoh Guru Bahasa Melayu, Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Selangor dan Anugerah Guru Inovatif.
Hubungi: Tel : 603 – 5511 9328 email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
|
SMK Seksyen 7, Shah Alam
Jalan Platinum 7/37, 40000 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA
Tel: 03-55119328 Fax: 03-55131363
www.smks7.edu.my info@smks7.edu.my