Introduction  //  Profil  //  Pengenalan
Pengenalan
PDF
Print
E-mail

front1s.jpgMISI SEKOLAH

Bagi merealisasikan SMK Seksyen 7  sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi maka semua warga sekolah akan memberikan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan dalam semua aspek dengan memberikan tumpuan yang berpaksikan ‘Konsep 6M’, iaitu:

 

1)    Memastikan pencapaian akademik sentiasa cemerlang.
2)    Melahirkan personaliti unggul.
3)    Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
4)    Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
5)   Menjalinkan permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
6)    Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

 

insides.jpgVISI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2014.

MOTTO SEKOLAH

Ilmu, Amal, Iman; Unggul Membina Insan

BUDAYA KERJA SEKOLAH

Memahami dan menghayati:

  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan Kementerian Pelajaran mementingkan mutu dan kesan pendidikan
 

Sejarah Sekolah

fronts.jpgDahulunya tapak pembangunan sekolah adalah kawasan kelapa sawit. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 ini merupakan sekolah yang pertama dibina di kawasan seksyen 7. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 November 2002 setelah lama kawasan itu dibiarkan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam diserahkan secara rasminya kepada kerajaan yang diwakili oleh Jabatan pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan pada 5hb September 2002 mengikut kepada Sijil bangunan yang memerlukan selenggaraan pihak kontraktor adalah dua tahun mulai 1 April 2002 hingga 31 Mac 2004. Selama tempoh ini, kerajaan atau wakilinya berhak membuat aduan mengenai kerosakan atau kualiti pembinaan agar boleh disenggara segera oleh pihak kontraktor. Pihak kawalan keselamatan swasta Kementerian Pendidikan pula mengambil alih 1 Oktober 2002 dan warga kerja pertama SMK Seksyen 7 ialah Penolong Kanan, En Shamsul Azha b Mohd Yusoff yang secara rasminya memulakan tugas sebagai ‘caretaker’ mulai 1 Januari 2002.

inside2gs.jpgSekolah ini memulakan sesi persekolahan pada 6hb Januari 2003 dengan guru seramai 21 orang dan pelajar seramai 272 orang. Sekolah menerima tujuh orang guru pertamanya seawal 15hb Disember 2002 atas permintaan Guru PK nya bagi membantu melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah sebelum pembukaan dan semasa penerimaan pelajar-pelajar baru. Mereka adalah En Safiruddin, Cik Khaizuri, Cik Huwaida, Pn Siti Hajar, Cik Sharifah Haslina, Pn Azlina, dan Pn Shahaiza. Walaupun mereka adalah baru lagi dalam perkhidmatan pendidikan tetapi khidmat bantuan awalan mereka banyak dapat meringankan tugas pentadbiran dan pengurusan waktu itu. Pelajar-pelajar pula diambil daripada beberapa sekolah di persekitaran iaitu SK Raja Muda, SK Bandar Anggerik, SK Seksyen 6, SK Seksyen 9, SJK (T) Midland dan beberapa sekolah lain. Hari orientasi pertama diadakan pada 5hb Januari (Ahad) iaitu sehari sebelum pembukaan sekolah. Pada hari yang sama juga pemilihan AJK PIBG juga diadakan.

inside1s.jpgGuru-guru lain mendaftarkan diri pada Januari 2003 sebelum pembukaan hari pertama iaitu 6hb Januari 2003. Pembantu am iaitu Pn Norhimah, mula mendaftarkan diri seawal minggu pertama diikuti oleh pembantu tadbir, Pn Shalihah pada minggu kedua, dan kedatangan Pengetua, Pn Alawiyah binti Ahmed Dahalan yang melaporkan diri pada 16hb April 2003. Pada ketika itu, pihak sekolah mempunyai empat pentadbir utama iaitu Pengetua, PK HEM, PK Ko Kurikulum serta dibantu oleh seorang kaunselor, 22 guru penolong, seorang pembantu tadbir, 2 pembantu am rendah, seorang pembantu makmal, 2 pekerja swasta dan 2 orang penjaga keselamatan swasta.