PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7,
JALAN PLATINUM 7/37,
SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR.
NO TEL: 03 -55119328 NO FAKS: 03-55131363 LAMAN WEB: smks7.edu.my
____________________________________________________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami: SMKS7/PIBG/60
Tarikh : 25 Januari 2011
Kepada:
Ibu bapa /Penjaga
Murid SMK Seksyen 7
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Melalui dan salinan,
Pengetua,
SMK Seksyen 7,
Jalan Platinum 7/37,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Dato’/Datin/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 SESI 2011/2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.
2. Pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Seksyen 7, Shah Alam seperti berikut:
Tarikh : 5 Mac 2011 (Sabtu)
Tempat : Dewan Terbuka SMK Seksyen 7, Shah Alam
Masa : 8.00 pagi
3. Sehubungan dengan itu, sekiranya Dato’/Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang usul untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung, sila isikan borang usul yang disertakan dan dikembalikan kepada PIBG melalui anak Dato’/Datin/Tuan/Puan pada atau sebelum 16 Februari 2011.
4. Kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan amat diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9 ini. Kerjasama Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
‘ILMU, AMAL, IMAN: UNGGUL MEMBINA INSAN’
Saya yang menurut perintah,
………………………………………………………
(NOORZALEENA SURAYA BINTI MOHD JADI)
Setiausaha Kehormat PIBG,
KERATAN JAWAPAN
Sukacita dimaklumkan bahawa saya ………………………………………………………..ibu/bapa/penjaga pelajar …………………………………..
………………………………………………. Tingkatan ………………………… akan hadir/tidak hadir ke majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK
Seksyen 7, Shah Alam pada 5 Mac 2011.
Yang benar,
………………………………………………………
( )
BORANG PERNYATAAN USUL/CADANGAN
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SMK Seksyen 7,
Jalan Platinum 7/37,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
Bahawa saya memohon untuk membuat usul/cadangan dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-9 Sesi 2011/2012 seperti berikut:
__________________________________________________________________________________________

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
( )
* Sila lampirkan kertas tambahan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi dan kembalikan kepada Setiausaha Kehormat melalui guru kelas anak Dato’/Datin/Tuan/Puan selewat-lewatnya pada 16 Februari 2011(Rabu).
* Usul tidak akan dibahaskan sekiranya pembawa usul tidak hadir.
Nama Pembawa Usul :
Nama Anak :
Tingkatan :