Introduction  //  PIBG  //  MAJLIS MALAM AMAL SIMFONI KASIH 7
MAJLIS MALAM AMAL SIMFONI KASIH 7
PDF
Print
E-mail


Majlis Malam Amal Simfoni Kasih 7 telah berjaya direalisasikan dengan jayanya pada 3 November 2010, jam 8.00 malam di Grand Ballroom, Concorde Hotel, Shah Alam.  Paluan kompang serta Gondang 9 dan irama Gamelan telah mengiringi ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin B. Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang turut merasmikan majlis pada malam itu.  Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dengan diiringi kumpulan Koir SMK Seksyen 7.  Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan-ucapan daripada YDP PIBG, En. Jamaludin b. Elias, Pengetua SMK Seksyen 7, Pn, Hjh Salehah Bt Mohd Amin, YM Tengku Shamsulbhari B YAM Tengku Azman Shah Al-Haj selaku penaung program Majlis Malam Amal Simfoni kasih 7 dan seterusnya ucapan daripada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin B. Haji Mohd Dom.
Majlis malam itu turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid sekolah SMK Seksyen 7 dan penyanyi Idola Kecil semasa para tetamu menjamu selera.  Pengacara jemputan pada malam itu, Mr Os dan Abon telah berjaya menghiburkan para tetamu dengan celoteh mereka yang cukup menghiburkan.  Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin B. Haji Mohd Dom juga turut diberi kejutan sempena hari lahir beliau dimana kumpulan koir sekolah telah menyanyikan ucapan harijadi dan beliau turut memotong kek sempena hari lahir dan persaraan beliau tidak lama lagi. Tidak ketinggalan, Pn. Hjh Salehah Bt Mohd Amin telah menyampaikan kad ucapan khas yang telah ditandatangani oleh semua guru-guru SMK Seksyen 7.
Seterusnya, artis jemputan, Aisyah telah menghiburkan tetamu dengan 4 buah lagu. Atas permintaan ramai, YDP PIBG, En. Jamaludin b. Elias telah menyampaikan sebuah lagu untuk semua tetamu. Acara cabutan bertuah turut diadakan dan persembahan tarian rampai yang berteraskan konsep 1Malaysia mengakhiri majlis Malam Amal Simfoni Kasih 7.  Sebelum bersurai pada jam 12.00 tengah malam, sesi bergambar untuk kenang-kenangan turut diadakan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Malam Amal Simfoni Kasih 7.

 
 
 

 

Hubungi Kami

SMK Seksyen 7, Shah Alam

Jalan Platinum 7/37, 40000 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA

Tel: 03-55119328          Fax: 03-55131363
www.smks7.edu.my     info@smks7.edu.my