Introduction  //  PIBG  //  Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10, Tahun 2012.
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10, Tahun 2012.
PDF
Print
E-mail

Mesyuarat Agung PIBG SMK Seksyen 7, Shah Alam kali ke-10 telah diadakan seperti yang ditetapkan pada hari Sabtu, 11 Februari 2012. Majlis kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Jailani Bin Ngah, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia. Beliau telah disambut dengan barisan lintas hormat dari ahli-ahli unit beruniform dan persembahan kawad formasi daripada pasukan Kadet Remaja Sekolah(KRS). Majlis seterusnya dimulai dengan Nyanyian Lagu NegaraKu dan lagu Negeri Selangor dan diikuti dengan bacaan doa bagi memberkati majlis. Persembahan montaj mengenai SMK Seksyen 7 turut dipertontonkan kepada semua yang hadir dan seterusnya ucapan oleh YDP PIBG, En. Jamaluddin bin Elias ,ucapan Pengetua, Hajah Salehah Binti Mohd Amin dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Jailani Bin Ngah, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia. Majlis telah berehat seketika untuk jamuan ringan sebelum diteruskan dengan pembahasan usul-usul, pembubaran AJK PIBG 2011 dan perlantikan AJK PIBG sesi 2012/2013. Majlis sebulat suara bersetuju mengekalkan En. Jamaluddin bin Elias sebagai YDP PIBG Sesi 2012/2013. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang telah sudi hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

 

Barisan AJK PIBG Sesi 2012

YDP PIBG : En. Jamaluddin bin Elias

Naib YDP : En. Mohammad Hanapi Bin Jusoh

Setiausaha: Pn. Noor Azzuhana Binti Azaharuddin

Bendahari: Pn. Raihan Binti Champelus

 

Wakil Ibu bapa/penjaga:

En. Aziz Bin Ahmad
Pn. Rosilah Binti Muin
En. Shahnor Bin Abd Rani
En. Aidil Jaafri Bin Abdul Majid
Pn. Nurhayati Binti Mohamed Mamun Suheimi
En. Jeevanathan A/L Manikam

 

Wakil Guru:

En. Haneef Bin Zulkiflie
Pn. Ngai Siew Lian
Pn. Faiezah Binti Abbas
Pn. Afiah Binti Sheikh Ismail
Pn. Wan Norazlinda Binti Wan Hassan

 

Juru Audit (wakil Ibu bapa): 
Pn Liza Binti Mohamad

 

Juru Audit (wakil guru): 
Pn Farah Hazwani Binti Omar

 

 

 

Hubungi Kami

SMK Seksyen 7, Shah Alam

Jalan Platinum 7/37, 40000 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA

Tel: 03-55119328          Fax: 03-55131363
www.smks7.edu.my     info@smks7.edu.my