Introduction  //  PIBG  //  Program Motivasi KRK & KAA SMK Seksyen 7, 2012
Program Motivasi KRK & KAA SMK Seksyen 7, 2012
PDF
Print
E-mail

Program Motivasi KRK & KAA SMK Seksyen 7, 2012

Tarikh:  14 Januari 2012 (Sabtu)
Masa :  7.30pagi – 12.30 tengah hari

Tempat: Dewan Yayasan RESTU, Taman Kesenian Islam Selangor .
Anjuran:  Majlis Pemuafakatan PIBG KRK & KAA, SMK Seksyen 7, Shah Alam
Penceramah Jemputan:  Prof. Madya Rozali Hashim
 
Majlis Program Motivasi KRK & KAA ini telah dimulakan dengan bacaan ikrar murid yang diketuai oleh Mohammad Haziq Bin Rahmat dari kelas 3 Terbilang dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ahmad Mursyidin Bin Mohd Shamsul Bahrin dari kelas 3 Imtiyaz.  Seterusnya ucapan-ucapan daripada Pengerusi KRK & KAA, En Rahmat, dan Puan Hjh Salehah Bt Mohd. Amin, Pengetua SMK Seksyen 7, Shah Alam.
Program motivasi ini merupakan aktiviti pertama bagi sesi 2012 yang dianjurkan oleh Majlis Pemuafakatan PIBG KRK & KAA, SMK Seksyen 7, Shah Alam.  Antara intipati yang disampaikan oleh Prof. Madya Rozali Hashim ialah, bagaimana untuk menjadi anak yang cemerlang dan seterusnya boleh membawa kebahagiaan kepada ibubapa. Beliau juga mengingatkan murid agar sentiasa fokus pada tujuan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka.  Disamping itu, murid juga diingatkan agar memelihara solat dan perbanyakkan doa serta mendapatkan restu daripada kedua ibubapa untuk terus berjaya.


 

 

Hubungi Kami

SMK Seksyen 7, Shah Alam

Jalan Platinum 7/37, 40000 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA

Tel: 03-55119328          Fax: 03-55131363
www.smks7.edu.my     info@smks7.edu.my