Kepada,
Ibu bapa / Penjaga
Murid SMK Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor.
Melalui dan salinan,
Pengetua,
SMK Seksyen 7,
Jalan Platinum 7/37,
40000 Shah Alam, Selangor.
Dato’/ Datin / Tuan / Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 SESI 2012/2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.
2. Pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Seksyen 7, Shah Alam seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 11 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMK Seksyen 7, Shah Alam
3. Sehubungan dengan itu, sekiranya Dato’/Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang usul untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung, sila isikan borang usul yang disertakan dan dikembalikan melalui anak Dato’/ Datin/ Tuan/Puan pada atau sebelum 20 Januari 2012.
4. Kehadiran Dato’/ Datin / Tuan / Puan amat diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-10 ini. Kerjasama Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“ILMU, AMAL, IMAN : UNGGUL MEMBINA INSAN”
Saya yang menurut perintah,
SHARIFAH ATTASHAH BINTI SYED AHMAD
Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2011/2012,
SMK Seksyen 7, Shah Alam
Shah Alam.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KERATAN JAWAPAN
Sukacita dimaklumkan bahawa saya ………………………………………………..ibu/bapa/penjaga pelajar ……………………
………………………………………….Tingkatan ……………………..akan hadir/tidak hadir ke majlis Mesyuarat Agung PIBG
SMK Seksyen 7. Shah Alam pada 11 Februari 2012.
Yang benar,
…………………………………………………..
( )
BORANG PERNYATAAN USUL / CADANGAN
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SMK Seksyen 7,
Jalan Platinum 7/37,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tuan,
Bahawa saya memohon untuk membuat usul / cadangan dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-10
Sesi 2012/2013 seperti berikut:
________________________________________________________________________

…………………………………………………
( )
* Sila lampirkan kertas tambahan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi dan kembalikan kepada Setiausaha Kehormat melalui guru kelas anak Dato’/Datin/Tuan/Puan selewat-lewatnya pada
20 Januari 2012 ( Jumaat ).
* Usul tidak akan dibahaskan sekiranya pembawa usul tidak hadir.
Nama Pembawa Usul :
Nama Anak :
Tingkatan :