Introduction  //  PIBG  //  Majlis Solat Hajat PMR dan SPM 2011
Majlis Solat Hajat PMR dan SPM 2011
PDF
Print
E-mail

MAJLIS SOLAT HAJAT PMR DAN SPM 2011
Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa majlis Solat Hajat sempena PMR dan SPM akan diadakan seperti berikut :
 
                                Tarikh    :  29 September 2011 (Khamis)
                                Masa       :  5.30 petang hingga 9.15 malam
                                Tempat  :   SURAU PLATINUM  AL MAWADDAH, Seksyen 7, Shah Alam.
 
2.   Agenda majlis merangkumi bacaan Yasin, solat Maghrib, solat Hajat, Tazkirah dan solat Isyak. Majlis antara lain bertujuan memohon hidayah Allah bagi kemudahan dan ketenangan, kesihatan yang baik serta keselamatan pelajar sebelum dan semasa menduduki PMR dan SPM, mengeratkan hubungan antara pelajar, guru dan ibu bapa dengan aktiviti yang meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
 
3.    Sehubungan itu, datuk/datin tuan/puan dialu-alukan hadir ke majlis ini. Semoga dengan kehadiran datuk/datin/tuan/puan, majlis ini akan lebih diberkati Allah S.W.T.
4.   Untuk maklumandatuk/datin tuan/puan, pihak sekolah juga telah mengedarkan kismis yang telah dibacakan 30 Juzuk al-Quran di samping doa-doa lain sebagai ikhtiar di dalam pelajar menghadapi peperiksaan.
5.    Pihak kami juga amat berbesar hati jika pihak datuk/datin/tuan/puan sudi menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit  bagi melancarkan majlis yang dirancang.
6.   Kerjasama dan perhatian pihak datuk/datin/tuan/puan amat kami hargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
‘ILMU, AMAL, IMAN: UNGGUL MEMBINA INSAN’
 
Yang benar,
 
ENCIK JAMALUDIN BIN ELIAS PJK
YDP, PIBG
SMK SEKSYEN 7, SHAH ALAM
 

Hubungi Kami

SMK Seksyen 7, Shah Alam

Jalan Platinum 7/37, 40000 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA

Tel: 03-55119328          Fax: 03-55131363
www.smks7.edu.my     info@smks7.edu.my