Introduction  //  PIBG  //  Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
PDF
Print
E-mail

Pada 12 Febuari 2011 (Sabtu) satu perarakan bersempena memperingati kelahiran junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. telah diadakan di SMK Seksyen 7, Shah Alam. Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SMK Seksyen 7  telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Sambutan Maulidurrasul 1432 Hijrah ini dengan harapan majlis ini akan memberi banyak kebaikan kepada warga sekolah khususnya para murid  Islam.
Program yang dimulakan seawal jam 7.30 pagi di mana murid-murid berkumpul di Dataran Alawiyah di dalam kontijen masing-masing. Perarakan bermula pada jam 8.30 pagi di dahulukan dengan kumpulan barisan pentadbir dan AJK PIBG dan diikuti dengan kontijen-kontijen murid seperti Kadet Remaja Sekolah(KRS), Puteri Islam dan unit-unit berunifom yang lain.
Murid-murid berarak sehingga ke Surau al-Mawaddah dan majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, Pengerusi Surau al-Mawaddah, bacaan doa, ucapan Penolong Kanan, Ucapan pengerusi PIBG, penyampaian keputusan pertandingan perarakan seterusnya ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Uda Kassim.
Perarakan pada tahun ini dimenangi oleh Kontijen Pengakap sesi pagi bagi kategori lelaki manakala bagi kategori perempuan pula dimenangi olah Persatuan Bulan Sabit Merah sesi pagi. Kontijen yang menjadi juara bagi setiap kategori akan mewakili sekolah bagi perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 15 Febuari ini.

 

Hubungi Kami

SMK Seksyen 7, Shah Alam

Jalan Platinum 7/37, 40000 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA

Tel: 03-55119328          Fax: 03-55131363
www.smks7.edu.my     info@smks7.edu.my