Majlis Anugerah Kecemerlangan Gemilang Emas 2010 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh unit kurikulum SMK Seksyen 7 dengan kerjasama PIBG bagi mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam bidang akademik sepanjang tahun 2010. Majlis ini telah berlangsung pada 7 Mei 2011. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Y Bhg. Dato’ Hj. Ahmad Nawawi b M. Zin DPMS, AMS, PJK yang merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Masyarakat dan Pembangunan Parlimen Shah Alam selaku perasmi majlis tersebut. Antara para jemputan terdiri daripada Pegawai Sektor Pengurusan Pembangunan & Bekalan, PPD Petaling Perdana, En. Azizan bin Mohd Yussof, YDP PIBG, En. Jamaludin bin Elias, Pengerusi Majlis Pemuafakatan PIBG KRK &KAA, En. Rahmat bin Mutalib , ahli-ahli jawatankuasa PIBG 2010, ahli-ahli Majlis Pemuafakatan PIBG KRK & KAA dan ibu bapa penerima-penerima anugerah.
Sebanyak 347 anugerah telah disampaikan kepada 286 orang murid. Anugerah-anugerah ini disampaikan berdasarkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Akhir Tahun 2010, Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2010, 4 kategori anugerah telah disampaikan iaitu;
1. Anugerah Kualiti Mata Pelajaran Terbaik tingkatan 1,2 dan 4
2. Anugerah Kualiti Tingkatan (Kedudukan 1-3) untuk tingkatan 1,2 dan 4
3. Anugerah Lonjakan Saujana tingkatan 1,2 dan 4
4. Anugerah Murid Terbaik tingkatan 1,2 dan 4
Berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 pula, 5 kategori anugerah telah disampaikan iaitu;
1. Anugerah Emas Mata Pelajaran Terbaik PMR
2. Anugerah Gemilang Gangsa PMR
3. Anugerah Gemilang Perak PMR
4. Anugerah Gemilang Emas PMR
5. Anugerah Murid Terbaik Gemilang Emas Akademik PMR
Daripada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, 6 kategori anugerah pula telah disampaikan iaitu;
1. Anugerah Emas Mata Pelajaran Terbaik SPM
2. Anugerah Gemilang Gangsa SPM
3. Anugerah Gemilang Perak SPM
4. Anugerah Gemilang Emas SPM
5. Anugerah Murid Terbaik Gemilang Emas Akademik SPM
6. Anugerah Tokoh Murid 2010.
Pada tahun ini, Pihak sekolah buat julung kalinya memperkenalkan Anugerah Kehadiran Penuh kepada murid tingkatan 1 hingga 5 yang tidak pernah gagal hadir ke sekolah pada hari persekolahan dalam tahun 2010.
Dalam majlis tersebut, Piala Pusingan Dato' Hussamuddin telah disampaikan kepada Tokoh Murid 2010, Muhammad Siddiq Amir bin Jalil atas pencapaian cemerlangnya mendapat 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 serta penglibatan aktif beliau dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. Majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan iaitu persembahan Kawad Formasi daripada Pasukan Kadet Remaja Sekolah, Persembahan Kartasis daripada Kelab Kebudayaan dan dan persembahan Koir daripada Pasukan Koir SMKS7.
Semasa majlis berlangsung, Tabung Sumbangan Pembangunan Sekolah telah diedarkan dan berjaya mendapat kutipan RM 1714.00. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan ikhlas para dermawan dan semua pihak yang telah secara langsung atau tidak langsung menjayakan majlis tersebut.
Penyampaian anugerah-anugerah tersebut diharapkan dapat meningkatkan iltizam dalam kalangan murid untuk terus maju dalam semua bidang terutamanya bidang akademik.
Tarikh: 11 Mei 2011 (Rabu) - Kumpulan B : 3 Gemilang, 3 Cemerlang, 3 Kualiti,3 Imtiyaz
Masa: 1.45 petang - 3.30 petang
Tempat: Makmal Bahasa, SMK Seksyen 7, Shah Alam.
|
Tarikh Cuti
|
Tarikh Ganti
|
Sesi
|
Masa
|
Jadual Hari
|
|
24.10.2011
(Isnin)
27.10.2011
(Khamis)
28.10.2011
(Jumaat)
|
09.04.2011
(Sabtu)
23.04.2011
(Sabtu)
07.05.2011
(Sabtu)
|
Sesi Pagi
Sesi Petang
Sesi Pagi
Sesi Petang
Sesi Pagi
Sesi Petang
|
7.30 Pg – 12.30 Tgh
12.30 Tgh – 5.55 Ptg
7.30 Pg – 12.30 Tgh
12.30 Tgh – 5.55 Ptg
7.30 Pg – 12.30 Tgh
12.30 Tgh – 5.55 Ptg
|
Isnin
Khamis
Jumaat
|
.jpg)
SMK Seksyen 7, Shah Alam
Jalan Platinum 7/37, 40000 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA
Tel: 03-55119328 Fax: 03-55131363
www.smks7.edu.my info@smks7.edu.my