Majlis Sambutan Maudliur Rasul 1433H peringkat sekolah yang bertemakan ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ telah berjalan dengan lancar pada 18 Februari 2012. Objektif majlis ini adalah untuk menanamkan perasaan cinta kepada Rasulullah S.A.W dan memahami serta menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W sebagai utusan Allah S.W.T. Keperibadian Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian perlu dijadikan contoh dan seterusnya mendidik murid supaya memperbanyakkan salawat ke atas baginda dan sentiasa berusaha menjadi muslim yang sejati.
Seawal jam 7.30 pagi semua murid yang mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul ini telah berkumpul di Dataran Alawiyah mengikut kontijen masing-masing. Perarakan kontijen tetap tidak terjejas walaupun hujan turun rintik-rintik. Perarakan bermula dari SMK Seksyen 7 ke Surau Platinum Al-Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam. Perarakan didahului dengan kontijen guru-guru dan diikuti dengan kontijen unit-unit uniform.
Majlis di Surau Platinum Al-Mawaddah telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada murid Tingkatan 1 Imtiyaz, Mohd Nazeem Bin Rostam. Seterusnya ucapan daripada Yang Dipertua PIBG sebelum pengisian ceramah oleh Saudara Mohd Huzaimi Bin Mohd Zaini, daripada kumpulan nasyid Nowseeheart.
Persatuan Puteri Islam telah dipilih sebagai kontijen terbaik keseluruhan apabila berjaya memenangi Perarakan kontijen terbaik, Ketua Kontijen terbaik (P) dan Sepanduk terbaik. Sementara itu, Ketua kontijen terbaik lelaki pula telah dimenangi oleh kontijen Pengakap.
Syukran jazilan diucapkan kepada semua guru, AJK PIBG, murid-murid serta ibu bapa yang telah bersama-sama meraikan majlis Maulidur Rasul 1433H.
/page%201.jpg)
/page%202.jpg)
/page%203.jpg)
/page%204.jpg)
/page%205.jpg)
/page%206.jpg)
/page%207.jpg)
/page%208.jpg)
/page%209.jpg)
/page%2010.jpg)
/page%2011.jpg)
/page%2012.jpg)
/page%2013.jpg)
/page%2014.jpg)
/page%2021.jpg)
/page%2022.jpg)
/page%2023.jpg)
/page%2024.jpg)
SMK Seksyen 7, Shah Alam
Jalan Platinum 7/37, 40000 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA
Tel: 03-55119328 Fax: 03-55131363
www.smks7.edu.my info@smks7.edu.my