Introduction  //  Kurikulum  //  Larian Sevens 2012
Larian Sevens 2012
PDF
Print
E-mail

SMK Seksyen 7, Shah Alam telah berjaya melaksanakan Larian Sevens kali ke- 9 pada hari ini, 3 Februari 2012. Semua murid yang mengambil bahagian telah berkumpul di Dataran Alawiyah seawal jam 7.30 pagi untuk semua guru tingkatan merekodkan kehadiran murid. Sesi memanaskan badan dikendalikan oleh Cikgu Raidah Razalli dan beberapa wakil murid sebelum murid dilepaskan mengikut kategori masing-masing. Para peserta telah dilepaskan oleh Yang Dipertua PIBG, En. Jamaludin Bin Elias yang turut sama meluangkan masa menjayakan acara Larian Sevens ini. Tahniah kepada rumah Merah yang telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan Larian Sevens 2012. Tempat ke-2 dimenangi oleh rumah Kuning, diikuti dengan rumah Biru dan Hijau. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan acara ini. Kerjasama dan komitmen yang diberi diucapkan jutaan terima kasih.

 

Hubungi Kami

SMK Seksyen 7, Shah Alam

Jalan Platinum 7/37, 40000 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA

Tel: 03-55119328          Fax: 03-55131363
www.smks7.edu.my     info@smks7.edu.my