Makluman Kelas Tuisyen BEKEP PMR dan SPM, 2012
Kepada,
Ibu bapa/ penjaga,
Pelajar-pelajar SMK Seksyen 7,
Shah Alam.
Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
MAKLUMAN KELAS TUISYEN BEKEP PMR DAN SPM 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Pihak sekolah akan mengadakan Kelas Bimbingan ke Arah Kecemerlangan Pelajar (BEKEP) bermula pada 8 Februari hingga 19 Julai 2012. Kelas bimbingan ini akan diadakan selepas waktu persekolahan.
3. Subjek yang ditawarkan ialah semua subjek yang terlibat dalam peperiksaan PMR dan subjek teras serta elektif tertentu dalam peperiksaan SPM. Bilangan murid bagi setiap kelas adalah antara 20 ke 25 orang sahaja. Tenaga pengajar bagi program ini adalah guru-guru SMK Seksyen 7 yang berpengalaman.
4. Kelas BEKEP ini mengenakan kadar bayaran sebanyak RM150.00 untuk sepanjang program ini berjalan. Bayaran yang dikenakan adalah untuk menampung perbelanjaan bahan pengajaran guru. Jadual pelaksanaan kelas adalah seperti berikut:
|
BEKEP |
HARI |
MASA |
|
PMR |
Isnin dan Selasa |
1.40 – 2.40 petang
2.40 – 3.40 petang |
|
SPM |
Rabu
Khamis |
1.40 – 2.40 petang
2.40 – 3.40 petang
1.00 – 2.00 petang
2.00 – 3.00 petang |
5. Sehubungan dengan itu, ibu bapa / penjaga yang berminat untuk memasukkan anak ke kelas ini diminta melengkapkan borang kebenaran dan menyertakan bayaran RM150.00. Borang yang telah lengkap beserta bayaran hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan anak masing-masing
selewat-lewatnya 31 Januari 2012 (Selasa). Tempat adalah terhad. Penyertaan berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.
6. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
Sekian, wassalam.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
PN. HJH SALEHAH BINTI MOHD. AMIN
Pengetua SMK Seksyen 7, Shah Alam.