Introduction  //  Kurikulum
Sambutan Majlis Maulidur Rasul 1433H Peringkat Sekolah
PDF
Print
E-mail

Majlis Sambutan Maudliur Rasul 1433H peringkat sekolah yang bertemakan ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ telah berjalan dengan lancar pada 18 Februari 2012. Objektif majlis ini adalah untuk menanamkan perasaan cinta kepada Rasulullah S.A.W dan memahami serta menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W sebagai utusan Allah S.W.T. Keperibadian Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian perlu dijadikan contoh dan seterusnya mendidik murid supaya memperbanyakkan salawat ke atas baginda dan sentiasa berusaha menjadi muslim yang sejati.

Seawal jam 7.30 pagi semua murid yang mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul ini telah berkumpul di Dataran Alawiyah mengikut kontijen masing-masing. Perarakan kontijen tetap tidak terjejas walaupun hujan turun rintik-rintik.  Perarakan bermula dari SMK Seksyen 7 ke Surau Platinum Al-Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam.  Perarakan didahului dengan kontijen guru-guru dan diikuti dengan kontijen unit-unit uniform. 

Majlis di Surau Platinum Al-Mawaddah telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada murid Tingkatan 1 Imtiyaz,  Mohd Nazeem Bin Rostam. Seterusnya ucapan daripada Yang Dipertua PIBG sebelum pengisian ceramah oleh Saudara Mohd Huzaimi Bin Mohd Zaini, daripada kumpulan nasyid Nowseeheart.

Persatuan Puteri Islam telah dipilih sebagai kontijen terbaik keseluruhan apabila berjaya memenangi Perarakan kontijen terbaik, Ketua Kontijen terbaik (P) dan Sepanduk terbaik. Sementara itu, Ketua kontijen terbaik lelaki pula telah dimenangi oleh kontijen Pengakap.

Syukran jazilan diucapkan kepada semua guru, AJK PIBG, murid-murid serta ibu bapa yang telah bersama-sama meraikan majlis Maulidur Rasul 1433H.

 

 

 
Ucapan Terima Kasih Pengetua
PDF
Print
E-mail

 
Anugerah Saidina Ali Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2012 Negeri Selangor
PDF
Print
E-mail

Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor tahun 2012 yang diadakan di Stadium Malawati Seksyen 13 Shah Alam, amat bermakna kepada warga SMK Seksyen 7 Shah Alam. Anugerah Saidina Ali yang diberikan kepada Nurfarah Anis binti Zainal Abidin bekas murid SMK Seksyen 7 yang juga Ketua Pemimpin Murid 2011 amat membanggakan semua. Kriteria yang membawa kepada penganugerahan ini ialah kejayaan yang cemerlang dalam akademik di mana beliau memperoleh 5A dalam UPSR, mumtaz dalam UPSRA dan 9A dalam PMR, ketua Pemimpin Murid di sekolah serta penglibatan yang aktif dalam kokurikulum, aktiviti luar dan kemasyarakatan. Beliau juga memiliki akhlak yang terpuji dan disukai ramai. Semoga anugerah ini memberi perangsang kepada anak murid SMK Seksyen 7 untuk menjadi yang terbaik dunia dan akhirat. Tahniah kepada Nurfarah Anis, keluarga dan guru-guru semua.

 

 
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 2012M/1433H
PDF
Print
E-mail

 

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di Stadium Malawati Seksyen 13 Shah Alam pada 5 Februari 2012.  SMK Seksyen 7 telah menghantar satu pasukan bagi menyertai perarakan sempena Maulidur Rasul tersebut. Walaupun tidak mendapat tempat di dalam kategori sepanduk dan perarakan, penyertaan dan komitmen murid untuk menyertai perarakan tersebut amat dibanggakan.

 

Semangat dan komitmen murid dapat dilihat di mana, seawal jam 6.00 pagi murid telah berkumpul di Surau al-Hidayah SMK Seksyen 7 Shah Alam. Selepas solat subuh murid bertolak ke stadium iaitu sekitar  jam 6.40 pagi. Murid telah mula dinilai bermula dari jam 7.30 pagi di mana kerjasama berpasukan amat dititikberatkan. Tepat jam 8,30 pagi murid berarak dari kawasan berkumpul di luar stadium di sepanjang jalan ke Stadium Malawati yang mengambil masa 15 minit.

 

Persembahan nasyid oleh kumpulan Inteam, Hijaz serta murid tahfiz dari Kuala Langat amat menghiburkan. Acara kemuncak Sambutan Maulidurrasul ialah penyampaian anugerah khas dan pemenang pertandingan sepanduk dan perarakan. Walaupun pasukan sekolah tidak memenangi sebarang kategori, penganugerahan Anugerah Saidina Ali kepada Nurfarah Anis Zainal Abidin amat membanggakan semua warga sekolah. Tahun hadapan cuba lagi yang terbaik. Insya Allah. Salam Maulidur Rasul kepada semua pencinta Rasulullah dan keluarganya.

 

 

 

 

 
Perlawanan Bolasepak Persahabatan 3 Penjuru
PDF
Print
E-mail

Sabtu, 4 Februari 2012, bertempat di padang SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berlangsung perlawanan persahabatan 3 penjuru di antara pasukan bolasepak SMK Seksyen 7, SEVENS dengan SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dan SAM Tengku Ampuan Jemaah,Shah Alam. Perlawanan bermula jam 2 petang.  Tahniah kepada pemain-pemain SEVENS yang berjaya mempertahankan pintu gol daripada dibolosi gol pihak lawan. Berikut adalah keputusan perlawanan tersebut:

 

 
SMK SSAAS 1 - 4 SAMTAJ
SEVENS 0 - 1 SAMTAJ
SEVENS 1 - 0 SMK SSAAS
 
 
SEVENS 1 - 0 SAMTAJ
SMK SSAAS 2 - 1 SAMTAJ
SEVENS  2 - 0 SMK SSAAS
 
ehsan: http://sevensfc.blogspot.com/
 
 
 

 

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 16