Pertandingan Kawad Kaki Daerah yang diadakan di Sekolah Agama Menengah Bestari(SAMBEST) pada 13 April 2011 telah menyaksikan pasukan Pengakap Lelaki SMK Seksyen 7,Shah Alam yang dianggotai oleh 35 ahli telah menjadi Johan dalam kategori NGO. Ketua Platun Pasukan Pengakap,Mohd Amir Amirul bin Norzamri juga turut dipilih sebagai Ketua Platun terbaik bagi NGO. Sebanyak 8 pasukan dari daerah Petaling telah mengambil bahagian dalam kategori ini.Pasukan Pengakap ini telah diiringi oleh Pn. Nazura Hassan dan Pn Winifred. Pasukan Pengakap akan meneruskan latihan gigih mereka untuk persediaan ke pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri pada bulan Jun nanti. Syabas dan Tahniah kepada semua ahli yang telibat dan guru-guru penasihat pasukan pengakap yang telah berjaya membuktikan Pengakap Sevens Boleh!!! Sementara itu, bagi kategori GO pula, pasukan Kadet Pertahanan Awam(KPA)telah mendapat tempat ke-2 dan juga memenangi Ketua Platun terbaik bagi GO.Tahniah buat semua murid-murid yang terlibat dan telah berlatih bersungguh-sungguh untuk kejayaan ini.