Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2011
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH 2011
Sebanyak 14 platun telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah pada 6 April 2011. Pertandingan telah bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Kategori NGO telah dimenangi oleh PBSM sebagai Johan, tempat kedua, Pengkap Lelaki dan tempat ketiga, Puteri Islam. Bagi Kategori GO pula, dijuarai oleh pasukan KPA Lelaki, tempat kedua, pasukan Bomba Lelaki dan tempat ketiga, pasukan Bomba Perempuan. Manakala bagi Kategori Kadet Remaja Sekolah, telah dimenangi oleh Platun KRS Putera B, tempat kedua, KRS Putera A dan tempat ketiga KRS Puteri. Ketua Platun Putera KRS (B) dan Ketua Platun Perempuan PBSM telah dipilih sebagai Ketua Platun terbaik. Bagi Pakaian Terbaik pula dimenangi oleh Platun KRS Puteri. Platun Terbaik Keseluruhan bagi Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah tahun 2011 telah dimenangi Platun KRS Putera B. Sekalung penghargaan kepada para hakim yang terdiri dari Pegawai Rela, Palapes Laut UiTM, Pegawai Bomba dan Pn. Khairun Aznida, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Seksyen 27 yang telah sudi hadir untuk menghakimi pertandingan kawad kaki ini. Tahniah kepada semua murid-murid yang telah berlatih bersungguh-sungguh dan mengambil bahagian.