Mesyuarat Agung Tahunan Kokurikulum bagi sesi 2012 akan diadakan pada:
12 Januari 2012 - Mesyuarat Agung Sukan/Permainan & Kelab/Persatuan
13 Januari 2012 - Mesyuarat Agung Unit Uniform & Rumah Sukan
Tempat: Sila rujuk pelan lokasi yang telah ditampal di Info Kokurikulum SMK Seksyen 7, Shah Alam
Masa: Waktu Persekolahan.
Harap Maklum
Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Seksyen 7, Shah Alam akan terlibat dalam perlancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan akan melaksanakan larian serentak seluruh negara seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 2 Julai 2011( Sabtu )
Masa: 6.30 pagi 12.30 tengah hari
Pakaian Murid: Baju Ko-kurikulum
Tempat : Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Semua murid diwajibkan menyertai acara tersebut (merujuk surat Pejabat Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 20 Jun 2011). Ibubapa/penjaga dan orang ramai digalakkan mengambil bahagian bagi memeriahkan acara tersebut.
Kerjasama dan sokongan dari pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
Majlis sambutan Hari Koperasi (HKS) di SMK Seksyen 7, Shah Alam telah disambut sejak tahun 2006 sehingga kini. Pada tahun ini, majlis tersebut telah berlangsung pada 27 Jun 2011 dan telah dirasmikan oleh Puan Hajah Salehah binti Mohd Amin, Pengetua SMK Seksyen 7, Shah Alam.
Sambutan HKS pada tahun 2011 yang bertemakan “1 untuk semua, semua untuk 1” telah dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA.
Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.
Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan di samping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar.
AKTIVITI KOKURIKULUM SELEPAS CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2011
LATIHAN RUMAH SUKAN/ SUKANTARA/ ACARA PADANG/ SUKAN OLAHRAGA SESI 2011
|
TARIKH |
MASA |
SESI |
AKTIVITI |
TINDAKAN |
|
14 JUN 2011 (SELASA) |
IKUT MASA JADUAL |
PAGI/PETANG |
PERJUMPAAN RUMAH SUKAN 1 |
RUMAH MERAH DAN KUNING |
|
15 JUN 2011 (RABU) |
IKUT MASA JADUAL |
PETANG/PETANG |
PERJUMPAAN RUMAH SUKAN 1 |
RUMAH BIRU DAN HIJAU |
|
21 JUN 2011 (SELASA) |
8.00-10.00 AM |
PAGI |
SUKANTARA ACARA 100M LOMPAT JAUH |
RUMAH MERAH DAN KUNING |
|
21 JUN 2011 (SELASA) |
4.00-6.00 PM |
PETANG |
SUKANTARA ACARA 100M LOMPAT JAUH |
RUMAH MERAH DAN KUNING |
|
22 JUN 2011 (RABU) |
8.00-10.00 AM |
PAGI |
SUKANTARA ACARA 100M LOMPAT JAUH |
RUMAH BIRU DAN HIJAU |
|
22 JUN 2011 (RABU) |
4.00-6.00 PM |
PETANG |
SUKANTARA ACARA 100M LOMPAT JAUH |
RUMAH BIRU DAN HIJAU |
|
28, 29, 30 JUN (SELASA, RABU, KHAMIS) |
JADUAL PERLAWANAN AKAN DIEDARKAN KEMUDIAN |
PAGI/PETANG |
KARNIVAL SUKAN RAGBI, BOLA SEPAK, BOLA BALING, BADMINTON, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW, BOLA TAMPAR DAN CATUR |
MURID YANG INGIN MENYERTAI PERLU MENGISI NAMA KEPADA GURU RUMAH SUKAN MASING-MASING. |
|
5 JULAI 2011 6 JULAI 2011 |
8.00AM-12.00PM |
PELAJAR SESI PETANG YANG TERLIBAT SAHAJA AKAN DATANG PAGI |
ACARA AKHIR PADANG LOMPAT TINGGI, LEMBING, CAKERA, LONTAR PELURU, LOMPAT JAUH, TARIK TALI |
KETUA RUMAH SUKAN DAN MURID YANG TERLIBAT SAHAJA. DAPATKAN MAKLUMAT PENYERTAAN DARI GURU RUMAH SUKAN MASING-MASING. |
|
12/13 JULAI 2011 |
IKUT JADUAL |
PAGI/PETANG |
PERJUMPAAN RUMAH SUKAN 2 |
GURU KETUA RUMAH SUKAN |
|
19/20 JULAI 2011 |
IKUT JADUAL |
PAGI/PETANG |
PERJUMPAAN RUMAH SUKAN 3 |
GURU KETUA RUMAH SUKAN |
|
26 JULAI (SELASA) |
7.00AM-2.00PM |
|
SUKAN OLAHRAGA |
|
Perkhemahan Integrasi KPA Negeri Selangor 2011
Tarikh: 2 Mei -5 Mei 2011
Tempat: SM Teknik Kuala Selangor
Peserta: Ikhwan Aliff (5EA2), Wan Mohd Amin (5EA2), Nabila (4 ICT2), Intan Shahirah (3 Cekap)
Guru pengiring: Pn Maria Zainudin
Pencapaian: Semua kadet terpilih mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan. Tahniah!
.jpg)
.jpg)
SMK Seksyen 7, Shah Alam
Jalan Platinum 7/37, 40000 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA
Tel: 03-55119328 Fax: 03-55131363
www.smks7.edu.my info@smks7.edu.my