LAWATAN KELAB SPBT KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Kelab SPBT SMK Seksyen 7 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Kraf,Kuala Lumpur pada hari Khamis, 25 Jun 2009. Seramai 38 pelajar dan 4 orang guru penasihat telah menyertai lawatan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mempelajari teknik mewarna batik dan teknik membuat bakul secara percuma. Semua pelajar perluang mewarna batik dan membuat bakul sendiri. Semua hasil kerja mereka boleh dibawa balik. Pelajar juga berpeluang melawat sekitar Kompleks Kraf iaitu ke perkampungan pelukis yang menempatkan pelbagai hasil seni. Sebelum pulang, pelajar juga diberikan cenderamata oleh pihak Kompleks Kraf.